NOTIS:

LAMAN INI ADALAH DIKENDALIKAN OLEH PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA KUMPULAN 1 TLC3

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SUBJEK PENGURUSAN FATWA.

SEGALA KESULITAN DAN KESILAPAN HARAP DIMAAFI DAN DI BERI TEGURAN.

Saturday 17 September 2011

Biografi Ahli Jawatankuasa Fatwa 1 TLC 3


Mufti :


Ustaz Mohamad Amar Bin Jairani

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amar Bin Jairani dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1989. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Muar. Meneruskan  pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Muar seterusnya ke Maahad Johor. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1997 dan sijil Ifta’ dari Darul Ifta’ Misriyyah, Mesir pada tahun 1999. Mula berkhidmat sebagai kadi daerah Muar pada tahun 2000 sehingga 2005. Seterusnya dilantik menjadi mufti secara rasminya bagi Jawantankuasa Fatwa 1 TLC3 oleh dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada 1 Januari 2011.



Timbalan Mufti :


Ustazah Siti Sarah Binti Ibrahim


Beliau ialah Ustazah Siti Sarah Binti Ibrahim. Dilahirkan pada tahun 1989, berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Memulakan pendidikan awal beliau di peringkat rendah di Madrasah Tarbiah Diniah Meranti, Pasir Mas. Seterusnya meneruskan pengajian di peringkat menengah di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan kepujian dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2005. Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Muhammad 5, Rabat, Morocco dalam bidang Ijtihad. Pernah bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Jabatan Syariah. Dilantik menjadi timbalan mufti bagi Jawantakuasa Fatwa 1 TLC 3 pada 1 Januari 2011.



Pegawai Istinbat 1 :




 Ustazah Norhidayah Binti Najhman


Ustazah Norhidayah Binti Najhman dilahirkan di Teluk Intan , Perak pada tahun 1989. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff, Sabak Bernam. Meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiyah Pekan Sabak, Sabak Bernam. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2005. Seterusnya meneruskan pengajian dalam Sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2007. Mula berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010. Seterusnya dilantik dan meneruskan khidmat sebagai Pegawai Istinbat 1 bagi Jawatankuasa Fatwa 1 TLC 3 oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada 18 September 2011.



Pegawai Istinbat ll :


Ustazah Norirmayanti Binti Ramli


Beliau ialah Ustazah Norirmayanti Binti Ramli. Dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1989. Memulakan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar, Sabak Bernam. Meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Sabak Bernam. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Fatwa di Universiti Sains Islam Malaysia. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Pernah berkhidmat sebagai penal syariah di Bank Rakyat Malaysia Berhad sebelum dilantik menjadi pegawai istinbat ll bagi Jawantankuasa Fatwa 1 TLC3 pada Januari 2011.




No comments:

Post a Comment