DEFINISI FATWA
Dari Segi Bahasa : Keputusan/ penjelasan/ jawapan terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan.
Dari Segi Istilah : Memberikan penjelasan Hukum Syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjemaah.
Walaupun pelbagai definisi yang diberikan, namun di Malaysia pengeluaran fatwa perlu mengikut prosedur dan undang-undang. Apabila suatu fatwa hendak dikuatkuasakan ianya perlu diwartakan terlebih dahulu. Jika tidak diwartakan, ianya hanya menjadi pandangan mufti semata-mata dan sebagai rujukan hukum syarak.
5. Fatwa
yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu
diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang
Berikut adalah peruntukan yang telah ditetapkan :
Di
dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di
bawah Seksyen 34 iaitu :
1. Maksud Fatwa iaitu
pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang
menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat,
iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas
permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau
dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
3. Sesuatu
pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa
jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
4. Sesuatu
fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua
umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang
dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
No comments:
Post a Comment