NOTIS:

LAMAN INI ADALAH DIKENDALIKAN OLEH PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA KUMPULAN 1 TLC3

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SUBJEK PENGURUSAN FATWA.

SEGALA KESULITAN DAN KESILAPAN HARAP DIMAAFI DAN DI BERI TEGURAN.

Sunday 18 September 2011

Bahagian Pengurusan Fatwa


LATAR BELAKANG
Jawankuasa Fatwa  1 TLC 3 (JKF1TLC3) ditubuhkan secara pentadbiran di bawah  Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Januari 2011. Jawatankuasa ini merupakan badan yang berperanan untuk membincang dan memberikan pandangan berkaitan hukum hakam dan fatwa di peringkat universiti. 

VISI
Berazam menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat universiti, seterusnya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MISI
Memartabatkan fatwa di kampus melalui penyelidikan dalam pelbagai bidang ke arah mengembangkan proses ijtihad jama’i dalam penentuan hukum.

OBJEKTIF
1.Mewujudkan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berperanan sepenuhnya dalam pengurusan dan penyelarasan fatwa di peringkat kampus.
2. Menjadi pusat penyelidikan yang berwibawa berkaitan isu-isu kefatwaan dan ijtihad.
3. Menawarkan perkhidmatan kepakaran kepada para pelajar dan kakitangan USIM dalam hal ehwal yang berkaitan dengan hukum syarak.
4.  Mewujudkan perkongsian pintar menerusi penyelidikan, penulisan, pertukaran maklumat dan dialog dengan tokoh-tokoh ilmuan dari jawatankuasa fatwa TLC lain di peringkat kampus.

FUNGSI
1. Menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum-hakam.
2. Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang timbul dalam masyarakat.
3. Membangunkan manhaj dan metodologi istinbat hukum yang berkesan.
4.  Menyebarkan semua keputusan/hukum yang telah diputuskan kepada pelajar dan kakitangan USIM;
5. Menjadi pusat rujukan pandangan hukum/ fatwa di peringkat universiti.

No comments:

Post a Comment