NOTIS:

LAMAN INI ADALAH DIKENDALIKAN OLEH PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA KUMPULAN 1 TLC3

BAGI MEMENUHI TUNTUTAN SUBJEK PENGURUSAN FATWA.

SEGALA KESULITAN DAN KESILAPAN HARAP DIMAAFI DAN DI BERI TEGURAN.

Friday 23 September 2011

S.W.O.T Analisis

 

 

 

 

 

STRENGTH

 


      1)      Sebuah blog yang mengkhusus untuk PENYEBARAN FATWA yang di Wartakan di Negeri Melaka.

      2)  Blog yang RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI

      3)      Mempunyai DAYA PENARIK yang bagus dari segi reka bentuk, latar belakang dan hiasan blog.

4)      Dapat memberi RUJUKAN YANG BERGUNA terutama kepada para ilmuan seperti pelajar dan sebagainya.

 

 

 

 

WEAKNESESS


      1)    BLOG yang masih kekurangan informasi. (Akan di naik taraf dari semasa ke semasa)

      2)      BLOG yang masih BARU yang masih belum dikenali ramai

      3)      KURANG mendapat tindakbalas dan respon daripada pelawat

 

 

 

 

 

 

              OPPORTUNITIES


      1)      MEMBERI KEMUDAHAN kepada orang ramai untuk merujuk fatwa-fatwa yang telah diwartakan di Malaysia

      2)      MEMPERKENALKAN fatwa-fatwa di Malaysia kepada seluruh dunia

      3)      MEMBUKA LAMAN PERBINCANGAN mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hukum-hakam Islam

 

 

 

                   THREAT


      1)      Kemungkinan mendapat RESPON YANG KURANG BAIK daripada orang ramai

      2)      PERSAINGAN dengan bloger-bloger yang lain.

      3)   Kemungkinan menerima KRITIKAN  daripada pensyarah subjek. (Insha'Allah Kritikan yang membina)





Sunday 18 September 2011

Apa itu 'Fatwa'?


DEFINISI FATWA

Dari Segi Bahasa : Keputusan/ penjelasan/ jawapan terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan.

Dari Segi Istilah : Memberikan penjelasan Hukum Syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara individu mahupun secara berjemaah.

Walaupun pelbagai definisi yang diberikan, namun di Malaysia pengeluaran fatwa perlu mengikut prosedur dan undang-undang. Apabila suatu fatwa hendak dikuatkuasakan ianya perlu diwartakan terlebih dahulu. Jika tidak diwartakan, ianya hanya menjadi pandangan mufti semata-mata dan sebagai rujukan hukum syarak.

Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang


Berikut adalah peruntukan yang telah ditetapkan :

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu :

1.   Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;

2.  Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;

3.  Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;

4.  Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan

5.  Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.


Bahagian Pengurusan Fatwa


LATAR BELAKANG
Jawankuasa Fatwa  1 TLC 3 (JKF1TLC3) ditubuhkan secara pentadbiran di bawah  Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Januari 2011. Jawatankuasa ini merupakan badan yang berperanan untuk membincang dan memberikan pandangan berkaitan hukum hakam dan fatwa di peringkat universiti. 

VISI
Berazam menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat universiti, seterusnya ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

MISI
Memartabatkan fatwa di kampus melalui penyelidikan dalam pelbagai bidang ke arah mengembangkan proses ijtihad jama’i dalam penentuan hukum.

OBJEKTIF
1.Mewujudkan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berperanan sepenuhnya dalam pengurusan dan penyelarasan fatwa di peringkat kampus.
2. Menjadi pusat penyelidikan yang berwibawa berkaitan isu-isu kefatwaan dan ijtihad.
3. Menawarkan perkhidmatan kepakaran kepada para pelajar dan kakitangan USIM dalam hal ehwal yang berkaitan dengan hukum syarak.
4.  Mewujudkan perkongsian pintar menerusi penyelidikan, penulisan, pertukaran maklumat dan dialog dengan tokoh-tokoh ilmuan dari jawatankuasa fatwa TLC lain di peringkat kampus.

FUNGSI
1. Menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum-hakam.
2. Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang timbul dalam masyarakat.
3. Membangunkan manhaj dan metodologi istinbat hukum yang berkesan.
4.  Menyebarkan semua keputusan/hukum yang telah diputuskan kepada pelajar dan kakitangan USIM;
5. Menjadi pusat rujukan pandangan hukum/ fatwa di peringkat universiti.

Senarai Fatwa-Fatwa Yang Telah Diwartakan (Melaka)

Berikut ialah senarai fatwa yang telah diwartakan di Negeri Melaka :

Fatwa 1 : Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya
Fatwa 2 : Kumpulan Al-Arqam Dan Buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan”
Fatwa 3 : Pengambilan Tanah Wakaf Untuk Kepentingan Awam
Fatwa 4 : Golongan Anti Hadith
Fatwa 5 : Wajib Berpegang Dengan `Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama`ah (Ke Arah Membendung Pengaruh Syi`ah)
Fatwa 6 : Zakat Pendapatan 
Fatwa 7 : Ajaran Qadiani (Qadianiah/Ahmadiah)
Fatwa 8 : Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana (Hakikat Insan)
Fatwa 9 : Ajaran Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas)
Fatwa 10 : Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau Dan Ayah Pin
Fatwa 11 : Penggunaan Perkataan “Islam” Dalam Pertubuhan
Fatwa 12 : Amanat Haji Abdul Hadi 
Fatwa 13 : Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit 
Fatwa 14 : Ajaran Zamre Bin Ab. Wahab
Fatwa 15 : Ajaran Azhar bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd.)
Fatwa 16 : Anak Tak Sah Taraf

Sila tekan link ini untuk melihat fail pdf " Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986 - 2005).

Saturday 17 September 2011

Biografi Ahli Jawatankuasa Fatwa 1 TLC 3


Mufti :


Ustaz Mohamad Amar Bin Jairani

Al-Fadhil Ustaz Mohamad Amar Bin Jairani dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1989. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Muar. Meneruskan  pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Muar seterusnya ke Maahad Johor. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1997 dan sijil Ifta’ dari Darul Ifta’ Misriyyah, Mesir pada tahun 1999. Mula berkhidmat sebagai kadi daerah Muar pada tahun 2000 sehingga 2005. Seterusnya dilantik menjadi mufti secara rasminya bagi Jawantankuasa Fatwa 1 TLC3 oleh dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada 1 Januari 2011.



Timbalan Mufti :


Ustazah Siti Sarah Binti Ibrahim


Beliau ialah Ustazah Siti Sarah Binti Ibrahim. Dilahirkan pada tahun 1989, berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Memulakan pendidikan awal beliau di peringkat rendah di Madrasah Tarbiah Diniah Meranti, Pasir Mas. Seterusnya meneruskan pengajian di peringkat menengah di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan kepujian dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2005. Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Muhammad 5, Rabat, Morocco dalam bidang Ijtihad. Pernah bertugas sebagai pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Jabatan Syariah. Dilantik menjadi timbalan mufti bagi Jawantakuasa Fatwa 1 TLC 3 pada 1 Januari 2011.



Pegawai Istinbat 1 :




 Ustazah Norhidayah Binti Najhman


Ustazah Norhidayah Binti Najhman dilahirkan di Teluk Intan , Perak pada tahun 1989. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff, Sabak Bernam. Meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiyah Pekan Sabak, Sabak Bernam. Mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa di Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2005. Seterusnya meneruskan pengajian dalam Sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2007. Mula berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia pada tahun 2008 hingga 2010. Seterusnya dilantik dan meneruskan khidmat sebagai Pegawai Istinbat 1 bagi Jawatankuasa Fatwa 1 TLC 3 oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang pada 18 September 2011.



Pegawai Istinbat ll :


Ustazah Norirmayanti Binti Ramli


Beliau ialah Ustazah Norirmayanti Binti Ramli. Dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1989. Memulakan pengajian di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar, Sabak Bernam. Meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Agama Menengah Parit Baru, Sabak Bernam. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Fatwa di Universiti Sains Islam Malaysia. Seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Pernah berkhidmat sebagai penal syariah di Bank Rakyat Malaysia Berhad sebelum dilantik menjadi pegawai istinbat ll bagi Jawantankuasa Fatwa 1 TLC3 pada Januari 2011.